Resident Playbook, cabaran doktor junior

JIKA meminati drama Hospital Playlist, maka Resident Playbook bakal tersenarai dalam naskhah bertemakan kehidupan pakar perubatan di Korea Selatan kegemaran anda.

Drama 10 episod ini membariskan pelakon hebat Go Youn-jung sebagai Oh Yi-young, Shin Si-ah (Pyo Nam-kyung), Han Ye-ji (Kim Sa-bi) dan Kang You-seok (Um Jae-il).

Resident Playbook mengisahkan tentang cabaran empat doktor junior yang ditugaskan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Yulje.

RESIDENT PLAYBOOK memaparkan cabaran yang dilalui empat doktor muda yang dibintangi Go Youn-jung, Shin Si-ah, Han Ye-ji dan Kang You-seok.

Meski baru tahun pertama, pelbagai cabaran dan insiden lucu ditempuh mereka termasuk dibuli doktor senior dan melayan kerenah para pesakit.

Menariknya, setiap episod drama yang menduduki carta TOP 10 paling popular dalam Netflix itu turut diserikan dengan kemunculan istimewa pelakon Hospital Playlist seperti Yoo Yeon-seok, Jung Kyung-ho dan Jo Jung-suk. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok