‘Bagus gila, nak jadi gengster macam Ghaz!’ – Jefri Nichol puji Sharnaaz

AKTOR terkenal Indonesia Jefri Nichol memuji kehebatan lakonan aktor Sharnaaz Ahmad dalam filem Blood Brothers: Bara Naga yang kini rancak ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Pujian tersebut dizahirkan Jefri selepas kekasih hatinya iaitu pempengaruh media sosial dan model, Ameera Khan membawanya menonton filem yang sudah meraih kutipan lebih RM45 juta selepas dua minggu tayangan.

Blood Brothers bagus ‘gila’!

“Nak jadi gengster seperti Ghaz (watak Sharnaaz),” katanya dalam Instagram Story semalam.

Saling berbalas, Sharnaaz seterusnya menghargai pujian daripada bintang filem Ali Topan itu.

Terima kasih adik terpaling ‘handsome’ ku!” ujarnya.

Tidak terhenti di situ, Jefri pula membalas hantaran tersebut selain menggelar Sharnaaz sebagai abang paling garang.

Terima kasih abangku paling garang dengan jambang dari syurga.

“Blood Brothers di pawagam sekarang!” katanya lagi.

Difahamkan, Jefri ketika ini berada di Malaysia atas urusan kerja dan turut menghabiskan masa dengan melakukan beberapa aktiviti bersama Ameera.

Terdahulu, adik kepada selebriti Neelofa secara terbuka mengakui menjalin hubungan cinta dengan Jefri selain menyifatkan jejaka tersebut sebagai lelaki yang sangat memahami dan penyayang.

Hubungan cinta mereka juga mendapat restu keluarga meski pada awalnya meraih kecaman netizen kerana terlalu terbuka berkongsi momen romantis dan berpelukan dalam media sosial. –HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok