“Diam jangan bagi berbunyi, saya ‘selotep’ mulut nanti”

PELAKON dan usahawan Abby Abadi menyelar tindakan segelintir individu yang memintanya membuat permohonan maaf kepada pempengaruh Umisya Mazlan yang turut melibatkan rumah tangga anaknya Marissa Dania Hakim baru-baru ini.

Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, bersuara selepas namanya menjadi bualan ramai selepas tular video Umisya menangis ketika membuat siaran langsung baru-baru ini.

“Orang sebut-sebut nama saya di sini (Threads) kemudian ada satu komen suruh saya minta maaf dengan Umisya?

“Kenapa awak tak suruh Aslam minta maaf pada saya atas apa yang berlaku? Aslam itu apa? Kayu ke?

“Kita diam jangan bagi berbunyi. Awak itu saya ‘selotep’ mulut nanti,” katanya dalam platform Threads.

Perkongsian Abby seterusnya mengundang pelbagai respons daripada netizen yang turut mempersoalkan mengapa ada pihak memintanya meminta maaf dengan Umisya.

Bahkan, ada juga memintanya tidak melayan netizen yang terlalu toksik mengenai isu tersebut.

“Kenapa pula Abby yang perlu minta maaf, sepatutnya Marissa.

“Kak Abby jangan layan netizen yang toksik. Tak perlu kot sebut-sebut nama orang lain.

“Sampai sekarang Aslam tak minta maaf pada Abby?” ujar netizen.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai pada Januari tahun lalu selepas bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok