Pamela Anderson tak menyesal cerai enam kali

KEHIDUPAN selebriti sensasi, Pamela Anderson terus menjadi sorotan ramai walaupun kini memilih untuk memberi tumpuan terhadap program masakan di tempat kelahirannya iaitu Kanada.

Pernah bergelar artis simbol seks, kini wanita yang sudah mencecah usia 57 tahun itu lebih selesa hidup dalam keadaan tenang walaupun tanpa lelaki bergelar suami.

Sepanjang hidupnya, Pamela berkahwin sebanyak enam kali iaitu dua kali dengan lelaki sama, Rick Solomon dan salah satu perkahwinan hanya bertahan selama 12 hari.

“Saya menghargai kehidupan masa lalu yang adakalanya sangat kerana saya banyak belajar daripada pengalaman itu.

“Semua yang saya lalui termasuk enam kali perkahwinan tidak pernah membosankan, waktu sukar mungkin cuma beberapa saat,” katanya dalam satu temu bual.

Perkahwinan pertamanya adalah dengan anggota band metal Mötley Crüe, Tommy Lee pada 1995 sebelum bercerai tiga tahun kemudian.

Bekas suaminya yang lain ialah penyanyi dan komposer Kid Rock; pemain poker, Rick Solomon dan pengawal peribadi, Dan Hayhurst.

Selain rancangan Pamela’s Cooking With Love, bintang siri televisyen Baywatch itu turut menulis buku sendiri.

Buku tersebut mengungkapkan masa kecilnya yang penuh tragis termasuk gangguan seksual yang dialami ketika kecil. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok