SEJAK awal tahun, rakyat Malaysia memang dihidangkan dengan benda-benda manis sahaja. Bukan pencuci mulut tetapi lebih kepada pencuci mata!
Mana tidak, makin menjadi-jadi gosip cinta beberapa pasangan selebriti sehingga netizen memberi nama gelaran kepada mereka.
Kalau Bella Astillah dan Syed Saddiq digelar BASS, manakala Fattah Amin dengan Amira Othman pula FattMira.
Terbaharu, Erra Fazira dan Ezwan Zain pula EzRa gara-gara tular video mereka membuat siaran langsung bersama baru-baru ini. Comel pula Ezwan malu-malu.
Zaman sekarang, nampak macam bercinta memang akan terus ada gabungan nama. Ala-ala Hollywood pula.
Tapi kisah cinta tiga pasangan itu memang tengah ‘bersemut’ dan tidak berhenti-henti orang memperkatakan tentang mereka dalam media sosial.
Ramai yang mendoakan mereka semua dan berharap segala konten serta gosip bukan sekadar gimik.
Kalau gimik, Diva mungkin jadi orang pertama yang mengamuk.
Harapnya tiga kapal yang sedang berlayar itu tidak karam di tengah lautan dan selamat berlabuh di penghujungnya.
DIVA: Susah jadi Nadhir Nasar, ramai mula risau kalau dia akan mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.