MELIHAT perjalanan seni penyanyi Ernie Zakri sejak menjuarai Bintang RTM 2009 sampai sekarang nyata banyak transisi besar dapat dilihat.
Bukan hanya jaguh kampung, nama Ernie kini menjadi sebutan di Indonesia dengan populariti lagu Masing Masing.
Diva pun boleh dikatakan antara peminat guru vokal kecil molek berjiwa besar itu disebabkan vokal serta keperibadiannya yang membumi.
Namun, baru-baru ini ada yang berbisik ke telinga Diva, Ernie khabarnya sudah berubah apabila didakwa sukar menerima teguran.
Menurut pihak terbabit air mukanya pun boleh berubah serta-merta jika kurang senang dengan sesuatu pertanyaan walaupun daripada media.
Luah pihak berkenaan, hairan apabila penyanyi kesayangan ramai berubah sikap sedangkan orang tegur kerana menyayanginya.
Apa pun kita jangan dengar sebelah pihak, mana tahu Ernie ada jawapan padu tentang dakwaan perubahan sikapnya.
Diva: Penat tengok konsert hujung ini, Jumaat tengok Awie, malam ini Jamal Abdillah di Zepp KL, esok malam konsert AJL39 pula. Eh AJL konsert ke? bolehlah.