Nak anak, Cher cari ibu tumpang

PENYANYI Cher dilaporkan ingin menimang bayi lagi pada usia 78 tahun sehingga sanggup mengambil anak angkat.

Difahamkan, keinginan itu timbul selepas menghabiskan banyak masa dengan anak lelaki kekasihnya yang berusia lima tahun.

Kanak-kanak itu adalah hasil hubungan Alexander Edwards, 37, atau A.E dengan bekas teman wanitanya, Amber Rose.

Dia memberitahu A.E. bahawa impian hidupnya adalah memiliki bayi lagi. Dia berkesempatan membekukan sel telur dan mencari seorang ibu tumpang.

“Tetapi mendapatkan anak angkat adalah perkara pertama yang akan dilakukan,” kata sumber terdekat.

Pada masa sama, terdapat spekulasi mendakwa hubungan dingin Cher dengan dua darah daging sendiri, Chaz Bono dan Elijah Blue Allman turut mendorongnya mencari anak angkat.

“Cher sebenarnya hanya bimbang hubungan dengan A.E. tidak mampu bertahan. Dia enggan hidup sendirian,” ulas sumber sama.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok