Agnes Mo bengang kos sewa di LA meroket

TURUT terjejas isu kebakaran di Los Angeles (LA), California, penyanyi Agnez Monica mendedahkan harga sewa penginapan di hampir semua lokasi di bandar tersebut meningkat secara drastik.

Katanya, banyak ejen hartanah melanggar undang-undang dengan menaikkan kadar sewa sewenang-wenangnya semasa krisis.

Peringatan kepada semua ejen, menaikkan harga secara berlebihan semasa krisis adalah melanggar undang-undang California.

“Saya mencari tempat sewaan untuk pelanggan, namun terkejut dengan harga terkini.

“Daripada lebih 400 premis di LA, 147 daripadanya menaikkan harga sejak kebakaran bermula pada 7 Januari lalu,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok