SEMPENA ulang tahun kelahiran Ameera Khan yang ke-24, usahawan selebriti Neelofa berharap adik kesayangannya itu dipertemukan dengan jejaka sempurna sebagai pasangan hidup.
Menerusi ucapan sama, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 34 menzahirkan rasa bangga terhadap pempengaruh itu atas pencapaian yang dikecapi.
“Adik, saya bangga dengan awak yang bakal jadi wanita hebat kelak.
Doa saya supaya awak jumpa suami sempurna yang akan membantu menonjolkan sisi sebenar diri awak,” katanya dalam InstaStory.
Menyokong penuh perniagaan diusahakan Ameera, ibu kepada dua anak itu tidak sabar melihat kejayaan seterusnya yang bakal digapai.
“Teruskan mengejar impian LMK dan Ellemkay yang besar.
Saya tahu awak akan merealisasikannya dan ubah menjadi realiti indah.
“Tak sabar nak lihat semua kejayaan tersebut berlaku. Terus gapai kejayaan, sayang awak sangat,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Ameera pernah berkongsi mendambakan lelaki romantik dan lucu.
Dia jugapernah dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol dan hero idaman ramai, Meerqeen. – HIBGLAM