Rose dikutuk kerana ‘miming’

NYANYIAN bersama penyanyi Bruno Mars di MAMA Award 2024 persis dalam studio rakaman, anggota kumpulan Blackpink, Rose dikecam teruk kerana didakwa tidak menyanyi secara langsung.

Kendatipun gandingan Bruno dan idola berusia 27 tahun itu meledak, namun rata-rata berpendapat Rose tidak sepatutnya ‘miming’ memandangkan dia mempunyai bakat yang besar dalam industri muzik.

“Nyanyian sempurna tanpa kedengaran nafas. Persis sudah dirakam sebab nampak macam ‘miming’ saja. 

“Padahal suara Rose okey sahaja nyanyi secara langsung, kenapa perlu ‘miming’, hilang keyakinan diri,” demikian antara luahan kecewa pengguna laman sosial yang juga peminat Rose. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok