KEGILAAN ramai terhadap drama Korea Teach You A Lesson nampaknya masih belum berakhir, terus hangat jadi perbualan.
Selain penampar berbisa nazir Na Hwa Jin, ramai berpendapat drama yang mengangkat isu membasmi gejala buli di sekolah itu layak dihasilkan dalam versi Malaysia.
Antara nama yang disebut-sebut sesuai berperanan sebagai Hwa-jin lakonan Kim Mu-yeol ialah Zul Ariffin, manakala watak Menteri Pendidikan pula dipegang Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Bukan ‘kaleng-kaleng’ senarai pelakon cadangan netizen malah nama drama pun turut disarankan ditukar ‘You Touch You Go’.
Namun, terdapat juga yang berpendapat tidak perlu dihasilkan dalam versi Malaysia dan kekal dengan drama asal sahaja malah ada juga menolak Zul memegang peranan tersebut.
“Tak mahulah Zul, nanti cakap tak jelas, pelajar makin kurang ajar.
“Tolonglah jangan ‘remake’ versi Malaysia sebab selalunya mesti kurang berjaya,” komen netizen. – HIBGLAM
