45
Masih solo sehingga kini, pelakon, Woo Do-hwan selesa sendiri malah mengakui masih takut untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Ujar aktor berusia 32 tahun itu, perkahwinan adalah komitmen berpanjangan yang menuntut tanggungjawab sangat besar.
Perkahwinan itu bukan perkara main-main. Itulah sebabnya saya agak takut untuk menamatkan zaman bujang.
“Jujurnya, saya memang takut menikah. Itu memerlukan tanggungjawab yang sangat besar,” ujarnya menerusi satu rancangan temu bual.
Tambahnya lagi, ketakutannya itu berakar daripada kesedaran mendalam tentang tanggungjawab besar yang perlu dipikul dalam sebuah perkahwinan.
Bagaimanapun, pelakon The King: Eternal Monarch itu tidak menolak kemungkinan bahawa pandangannya boleh berubah pada masa hadapan.