TUNTUTAN hak penjagaan anak kepada bekas pasangan suami isteri, Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun selesai hari ini.
Kedua-dua mereka hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pagi ini bagi merekodkan persetujuan hak penjagaan anak perempuan mereka iaitu Nur Fatima Aisya, 4.
Menurut peguam yang mewakili Fattah iaitu Zulkifli Yong Azmi, persetujuan mengenai hak penjagaan anak telah pun dilakukan sewaktu proses penceraian yang lalu.
Hak penjagaan dan lawatan telah pun dipersetujui sebelum ini dan telah direkodkan sebagai perintah mahkamah. Hak penjagaan Fatima diberikan kepada Nur Fazura selaku ibu. Fattah mempunyai hak lawatan tiga kali dalam seminggu dan juga hak bermalam bersama Fatima dua kali sebulan setiap hari Jumaat hingga Ahad,” katanya.
Tambah Zulkifli lagi, sekiranya terdapat pelanggaran dalam perjanjian hadanah tersebut mereka berhak mulakan prosiding penghinaan mahkamah.
Sementara itu Fazura ketika ditemui selepas selesai urusan mahkamah berkata dia bersyukur segalanya telah selesai.
Alhamdulillah. Saya tak ada apa-apa yang mahu diulas,” jawabnya ringkas.
Fattah pula enggan ditemu bual pihak media dan memberi alasan perlu bergegas kerana ada urusan.
Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, sah bercerai talak satu dengan Nur Fazura Sharifuddin, 41, pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Syariah Petaling Subang Bestari. – HIBGLAM
View this post on Instagram