MINGGU ini, selain ramai artis berlumba-lumba nak umum tentang perceraian, terselit pula isu larian maraton bersama selebriti.
Hasil ‘penyelidikan’ Diva, rupa-rupanya netizen sedang hangat memperkatakan aktiviti larian yang rancak dilakukan sebuah kelab dikenali Challo Run.
Kalau hanya orang biasa, Diva pun tak tertarik nak berkongsi tetapi kelab ini dijayakan beberapa pelakon lelaki kegilaan ramai anak muda ketika ini iaitu Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Meerqeen dan Sky Iskandar.
Niat mereka nak galakkan kehidupan sihat itu memang bagus tetapi, ramai pula yang mengecam! Semuanya disebabkan ada yang berlari dengan tidak memakai baju dan terlalu ‘hype’ mengalahkan pelari profesional.
Mungkin itu taktik halus mereka nak tarik lebih ramai penyertaan. Diva lihat ramai juga wanita-wanita muda yang sudah menyertai. Kita nampak negatif, tetapi hakikatnya banyak juga perkara positif.
Harap tiada perkara aneh atau menyakitkan mata dilakukan mereka sehingga memburukkan nama Challo Run itu. Cuma jangan terlalu ‘poyo’, nanti orang meluat.
DIVA: Ada yang mahu tubuhkan kelab larian baharu dengan nama lain seperti Cholli Run dan Hello Run.