Park Jin-young buktikan otai tetap ‘power’

OTAI masih berbisa, pengasas JYP Entertainment, Park Jin-young, kembali ke pentas muzik dengan single terbaharunya berjudul Easy Lover yang membawa konsep ‘noir’ dan gelap.

Lebih mengujakan, lelaki berusia 52 tahun itu tampil dengan imej  lebih matang dan sinematik, menggambarkan sisi gelap serta misteri yang jarang dipamerkannya sepanjang kariernya sebagai penyanyi dan penerbit. 

Imej noir mencerminkan suasana yang lebih mendalam dan emosional, berbeza daripada persembahan-persembahan yang lalu.

Sebagai salah satu pengaruh besar dalam industri muzik Korea Selatan, setiap pergerakan Park Jin-young sentiasa dinantikan.

Kembalinya dia dengan konsep unik sebegitu membuktikan keberaniannya untuk terus bereksperimen dan melampaui sempadan muzik biasa. 

Ini membuktikan bahawa lelaki bermata sepet itu bukan sekadar legenda dalam industri, tetapi juga seorang selebriti yang sentiasa relevan dan terus berkembang seiring waktu. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok