TAHUN ini industri hiburan memang penuh dengan kejutan, terutama perihal rumah tangga artis.
Sejak ramai mengaku sudah bercerai, peminat mula risaukan rumah tangga artis kegemaran mereka.
Kata segelintir netizen, ada beberapa rumah tangga selebriti tanah air perlu didoakan agar tidak ikut berantakan.
Antaranya, rumah tangga pasangan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang diharapkan tidak akan dilanda badai.
Doa tersebut mula membanjiri ruangan komen hantaran media sosial dimuat naik Zahirah yang berkongsi foto keluarga kecilnya baru-baru ini.
“Mudah-mudahan pasangan ini kekal bahagia dan dilindungi Allah SWT.
Jagalah keluarga ini ya Allah, tak mahu tengok berpecah-belah macam orang lain,” komen netizen.
Sayang sungguh peminat kepada mereka. Harap doa yang dititipkan itu terus diangkat dan dimakbulkan Tuhan ya.
DIVA: Sehingga kini, ramai masih tertanya-tanya punca perceraian Emma Maembong dan bekas suami.