Mek Yun jumpa Nick Jonas!

PENGALAMAN percutian pempengaruh Mek Yun ke Zurich, Switzerland menjadi lebih bermakna apabila berpeluang bertemu secara tidak sengaja dengan bintang terkenal antarabangsa Nick Jonas.

Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 27, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram dengan memuat naik beberapa foto percutiannya di negara itu.

“Tumpuan hari ini, terserempak dengan Nick Jonas, pergi ke jambatan Crash Landing On You (drama Korea Selatan).

“Singgah di universiti tempat Albert Einstein belajar dan mengajar dahulu (Universiti Zurich). Sesi mencuba keju,” katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dan bertanyakan sama ada isteri Jonas iaitu pelakon Bollywood terkenal Priyanka Chopra ada bersama.

Bertuah betul dapat berjumpa Nick Jonas. Untung, Isterinya Priyanka ada bersama atau tidak?

“Mula-mula baca ingat dapat jumpa dengan Janna Nick, rupanya Nick Jonas.

Memang gempak dapat jumpa rawak begitu sahaja artis antarabangsa. Aku nak jumpa Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur pun susah.

“Sangat rawak bila dapat berjumpa dengan Nick Jonas. Memang rezeki berganda bila pergi bercuti dapat jumpa artis Hollywood,” komen netizne.

Menjawab pertanyaan warga maya, Mek Yun memaklumkan isteri penyanyi lagu Leave Before You Love Me itu tiada ketika mereka bertemu.

Isterinya tiada,” ujarnya ringkas. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok