229
SEBELUM ini pelakon jelita Azira Shafinaz pernah memaklumkan tahap kesihatan tidak begitu baik sehingga memutuskan untuk berehat kira-kira sebulan sebelum kembali aktif bekerja.
Difahamkan jadual kerja yang padat membuatkan Azira ‘terlepas pandang’ menjaga kesihatan sehingga jatuh sakit dan terpaksa menarik diri daripada menyertai program The Hardest Singing Show (THSS) pada Jun lalu.
Bagaimanapun, setelah beberapa bulan, anggota kumpulan De Fam itu dilihat kembali rancak berkongsi aktiviti seninya dalam media sosial.
Justeru itu, ramai peminat menasihatinya agar menjaga kesihatan kerana bimbang perkara sama berulang. Amboi, untung betul Azira ada peminat yang prihatin dan menyayanginya.