IU terpaksa ganti rugi, sebabkan rumput stadium rosak

Gara-gara mengadakan konsert di Stadium Piala Dunia Sangam di Seoul, penyanyi IU didakwa menjadi punca kerosakan rumput premis berkenaan.

Lebih teruk, idola berusia 31 tahun itu dikatakan terpaksa membeli rumput baharu bagi menggantikan yang sudah rosak. 

Tampil menyelar dakwaan tersebut, pengurusan IU, EDAM Entertaiment menegaskan pihaknya mematuhi segala peraturan ditetapkan berkenaan penjagaan rumput.

Jelasnya, tuduhan IU membeli rumput baharu tidak berasas memandangkan mereka sudah melakukan sehabis baik untuk mengurangkan kerosakan pada rumput.

“Kami patuhi semua peraturan yang ditetapkan dan letakkan platform pelindung pada kawasan tempat duduk di bahagian padang.

“Kami juga sudah meminta peminat untuk tidak memakai kasut bertumit tinggi ketika konsert bagi memastikan keadaan rumput terjaga,” katanya.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok