247
MESKIPUN drama Black Out: Snow White Must Die mencatatkan ‘rating memuaskan, penampilan pelakon Byun Yo-han sebagai pelajar sekolah dikecam.
Rata-rata berpendapat aktor berusia 38 tahun itu tidak sesuai membawakan watak remaja kerana nampak terlalu matang.
“Ambillah pelakon lain untuk membawakan wataknya ketika muda. Dia memang kacak tetapi tidak sesuai,” kata peminat K-Drama.
“Kelakar kalau orang kata dia nampak muda dan boleh memegang watak sebagai pelajar sekolah,” ujar pengikutnya.
Dalam drama itu, pelakon drama Uncle Samsik berkenaan membawa watak sebagai Ko Jung-woo iaitu seorang pelajar sekolah menengah yang akan memasuki kolej perubatan berprestij tetapi dituduh terlibat dengan kematian dua rakan sekelasnya. – HIBGLAM