MASIH belum reda isu rumah tangga pelakon Ham So-won yang sebelum ini didakwa memukul suaminya Jin-hua sehingga menyebabkan luka teruk.
Lebih menyedihkan, Jin-hua memuat naik foto memaparkan kesan luka berdarah pad a bahagian mata dan hidungnya.
“Ham So Won pukul saya. Saya bukan nak jatuhkan sebab dia pelakon, tapi lapan tahun kebelakangan ini sangat susah untuk saya,” katanya.
Perkongsian tersebut mengundang kritikan hebat netizen sehingga ada yang menuduh So-wo melakukan penderaan fizikal terhadap suaminya.
Namun tiba-tiba, Jin-hua bertindak menarik semula kenyataan yang dibuat sebelum ini.
Menerusi hantaran terbaharunya dalam Instagram Story, dia menegaskan kecederaan tersebut bukanlah berpunca dari So-won malah turut berasa kesal kerana tindakannya telah mencalarkan imej isterinya.
“Saya percaya tindakan saya salah, saya tak patut buat begitu kepada wanita yang sudah melahirkan anak saya.
“Isteri saya orang yang baik, dan luka tersebuat tiada kaitan dengan dia langsung. Saya minta maaf,” jelasnya.
Tampil bersuara, So-won memberitahu suaminya tidak menyangka perkongsian tersebut akan mendapat perhatian media. – HIBGLAM