Shin-young dilabel bodoh setia dengan suami kuat selingkuh

MESKIPUN sudah beberapa kali dicurangi, pelakon Jang Shin-young tetap setia dan mencintai suaminya iaitu aktor Kang Kyung-joon dengan sepenuh hati.

Dianggap sebagai wanita kurang cerdik, rata-rata netizen berasa pelik mengapa wanita berusia 40 tahun itu tetap bertahan dan enggan berpisah dengan Kyung-joon walau apa pun terjadi.

Menurut peguam yang mewakili Kyung-joon, pasangan itu juga mengambil keputusan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

“Sebelum ini timbul spekulasi mengatakan mereka mempertimbangkan keputusan untuk bercerai.

Namun, nampaknya pasangan ini masih mahu meneruskan rumah tangga mereka dan tiada perancangan untuk bercerai,” katanya.

Sebelum ini, nama Kyung-joon menjadi perhatian ramai apabila timbul bukti perbualan mendakwa dia menjalinkan hubungan dengan seorang wanita berstatus isteri orang.

Seorang lelaki memfailkan saman terhadap Kyung Joon atas dakwaan aktor itu menjalin hubungan dengan isterinya sehingga menyebabkan rumah tangga mereka bermasalah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok