Fitnah itu akan berbalik kepada awak! – Gyuri

BEREHAT daripada membuat persembahan atas faktor kesihatan, anggota kumpulan Kara, Gyuri berasa terkilan dan menyelar tindakan netizen yang menuduhnya menjadi mangsa pukul teman lelaki.

Lebih teruk, dia didakwa berehat kerana mahu menjalani pembedahan plastik bagi mencantikkan wajah.

Geram dengan segala tuduhan tidak berasas, idola berusia 36 tahun itu mendoakan pemfitnah terkena karma atas apa yang diperkatakan.

“Awak langsung tiada hati perut dan sanggup memfitnah orang yang sedang sakit? Setiap tindakan ada balasan, saya harap fitnah itu berbalik kepada awak,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Dalam pada itu, label Gyuri, Big Boss Entertainment memberitahu mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah yang menyebar berita palsu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok