209
SETELAH melakukan diet secara ekstrem selama dua minggu, pelakon Han Ye-seul mengakui tidak mampu lagi mengamalkan gaya hidup sedemikian.
Ujar aktres jelita berusia 42 tahun itu, dia bukan mengalah dalam perjuangan, sebaliknya sudah tidak sanggup lagi menyeksa diri dengan cara ekstrim.
“Selepas dua minggu berdiet, saya tidak boleh melakukan ini lagi, memang tidak mampu, rasa kasihankan badan saya.
Saya akan cari pendekatan lain untuk diet, mungkin yang lebih membuatkan saya gembira dan tidak terseksa.
“Kepada semua peminat saya, diet boleh tetapi jangan keterlaluan sehingga menyeksa diri, itu tidak bagus untuk badan kita,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram. – HIBGLAM