DIVA teringat suatu ketika dahulu, bakat lakonan Nabila Razali pernah dipertikai ramai sehingga ada yang menggelarnya pelakon kayu.
Bukan itu sahaja, caranya melontarkan dialog juga dikritik dan didakwa tidak mempunyai jiwa.
Namun, itu di awal kemunculannya sebagai pelakon, kini bakatnya dipuji netizen.
Lakonannya dalam drama Di Bawah Payung Awan berjaya menyentuh jiwa dan mengusik emosi penonton.
Mana tidaknya, digandingkan pula dengan Amyza Aznan, hasilnya memang mantap!
Baguslah kalau lakonan semakin hebat, pasti lebih ramai pengarah mahu ambil berlakon.
Selain lakonan, mutu vokal dan nyanyian Nabila mutakhir ini turut dipuji semakin bagus. Bak kata netizen makin sedap, tidak lagi terkucil seperti sebelum ini.
DIVA: Teringat momen nyanyian Nabila terkucil di pentas Anugerah Juara Lagu.