Sheila Majid belajar tajwid pada usia 58 tahun

HAMPIR empat dekad melakar nama sebagai bintang tersohor, tiada apa lagi yang dikejar Datuk Sheila Majid.

Meski tidak putus memenuhi undangan, penyanyi yang sudah mencecah usia ke garis 58 tahun itu meletakkan bekalan rohani di tangga teratas.

Lincah ke sana sini mencari rezeki sambil melaksanakan tanggung jawab sebagai isteri dan ibu juga bukan alasan untuk ambil mudah hal agama.

Hakikatnya, Sheila atau nama sebenarnya, Shaheila Abd. Majid tetap mencari masa mengisi jiwa dengan menyertai kelas-kelas ilmu bagi memantapkan bekalan rohaninya.

Sebenarnya masa sekarang saya tak kejar apa-apa kecuali kembali kepada fitrah.

“Apabila umur semakin meningkat, prioriti kita juga berubah kepada perkara lebih penting. Bukanlah nak cakap saya bagus sangat.

Cuma saya masih dalam fasa belajar memperbaiki diri dengan pergi ke kelas mengaji al-Quran, memperbetulkan tajwid atau tafsir surah.

“Perkara seumpama itu memberi saya semangat. Mungkin pada usia ini keutamaan saya sudah berubah,” katanya ketika ditemui di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://www.kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok