PELAKON Fatiya Latiff selesa menjalani hidup bujang dan tidak merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh masa terdekat.
Kata Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, dia memilih untuk menjalani kehidupan yang dapat menggembirakan dirinya.
“Saya rasa saya akan menjalani kehidupan bujang kerana apa sahaja yang boleh membuatkan saya bahagia, saya hanya akan melakukannya,” katanya.
Pelakon filem Darah Panas turut berpendapat, bahawa dia akan berumah tangga apabila masanya sudah tiba.
“Kalau ada jodoh, adalah. Saya gembira menjalani kehidupan solo.
“Maksudnya saya pernah ada kekasih sebelum saya pernah ada kekasih,” ujarnya ketika membuat siaran langsung (live) Instagram hari ini.
Sebelum ini, nama Fatiya hangat diperkatakan apabila dia kerap berkongsi gambar dan video berpakaian seksi serta berpelukan bersama beberapa lelaki.
Januari lalu, pelakon yang cukup popular menerusi drama rantaian Ariana Rose itu menarik perhatian ramai apabila dia kerap berkongsi foto mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di Jepun.
Dia juga berkongsikan beberapa foto bersama dengan beberapa lelaki berbeza sehingga timbul dakwaan mengatakan dia menyewa lelaki terbabit untuk menemaninya bercuti.
Fatiya juga pernah menjalin hubungan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza, 35, namun hubungan mereka berakhir pada Disember 2015. – HIBGLAM