HANYA kerana memakai busana yang tidak sesuai ketika hadir ke sebuah pertunjukkan fesyen di Seoul baru-baru ini, aktres Han So-hee dihambur caci maki selain disifatkan netizen sebagai artis ‘kampung’.
Meskipun menyarung gaun berwarna hijau koleksi eksklusif Dioliviera Dior yang direka khas pengarah kreatif jenama tersebut, namun ramai netizen berpendapat So-hee kelihatan buruk dan tidak mampu ‘carry’ pakaian tersebut.
Malah tatu yang terdedah ketika pelakon berusia 29 tahun itu memakai busana tersebut dilihat tidak sesuai dengan acara berprestij dan jelas menunjukkannya tidak mempunyai cita rasa meskipun bergelar bintang popular.
“Serba tak kena daripada atas sampai bawah, baju buruk, tatu pun buruk, semua buruk,” komen netizen itu.
“Saya rasa baju okey sahaja tapi So-hee tak boleh nak ‘carry’ kemegahan baju tersebut, dia pula wajah kampung,” demikian komen seorang lagi netizen. – HIBGLAM