SEJAK tular videonya mencium pipi seorang lelaki baru-baru ini, ramai pula yang tumpang bahagia.
Iyalah, mungkin sebab Alicia pernah melalui fasa perceraian sebelum ini dan pastinya ramai mahu melihat dia berada di tangan seorang lelaki lebih baik.
“Comel pula lihat pasangan ini. Air muka Alicia memang nampak sedang jatuh cinta!
“Cepat-cepat kahwin Alicia! Benda baik jangan dilambat-lambatkan,” komen netizen.
Diva pun memang doakan agar jodohnya dengan jejaka yang ‘ditayang’ kepada umum itu panjang sehingga ke syurga.
Tak mahulah sekadar tayang sana sini tetapi akhirnya hubungan tidak ke mana pun atau tergantung sepi.
Harap ada ‘next step’ untuk mereka berdua dan halalkan hubungan tersebut. Amin!
DIVA: Ayda Jebat janganlah terlampau berlebih-lebihan dalam membuat persembahan, rasa ‘over’ sangat!