291
Kumpulan K-Pop popular, Blackpink sekali lagi mencipta magis apabila secara berterusan menguasai senarai 10 lagu teratas paling banyak distrim pendengar dalam platform penstriman Spotify.
Meskipun tiada karya baharu, Blackpink sentiasa menjadi pilihan sedangkan ramai rakan seperjuangan lain berlumba-lumba tampil dengan produk muzik masing-masing bagi mengekalkan nama dalam industri muzik Korea Selatan.
Buktinya, Blackpink telah menjadi kumpulan K-Pop paling banyak distrim beberapa minggu terakhir dalam platform Spotify dan YouTube mengatasi BTS dan NewJeans.
Bukan itu sahaja, Blackpink terus mengungguli 17 kedudukan teratas untuk debut global carta Spotify sekali gus menjadikan mereka nama besar yang sukar diatasi kumpulan K-Pop wanita lain.