Rendisi Mati-Matian versi Bella bikin sebak

KISAH kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz baru-baru ini ternyata meninggalkan kesan pada semua khususnya golongan wanita.

Sejak daripada itu, apa sahaja yang dilakukan Bella dalam media sosial pasti akan mengundang perhatian dan simpati ramai termasuk videonya menyanyikan lagu Mati-Matian milik Mahalini.

Malah, dia turut mengakui bahawa wanita akan memberi sepenuh jiwa apabila mencintai mana-mana lelaki.

Perempuan kalau cinta, cinta mati,” kata Bella ringkas.

Bagi netizen, mesej lagu tersebut iaitu mengenai wanita yang sanggup berjuang bermatian-matian demi cinta terhadap seorang lelaki sangat ‘kena’ dengan kisah hidup Bella.

Alahai sebak dengar Bella menyanyi, harap terus kuat hadap kes mahkamah yang masih panjang.

“Betul apa Bella cakap, wanita memang akan mati-matian berjuang tetapi tak dihargai pula,” ujar netizen yang menyokongnya.

Video nyanyian yang dimuat naik dalam TikTok itu meraih lebih 2.9 juta tontonan dan 330,000 tanda suka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok