NAMA anggota kumpulan Blackpink, Rose kembali meledak dalam media sosial gara-gara perubahan ketara pada kelopak mata hingga timbul spekulasi dia melakukan pembedahan plastik.
Bukan sekadar omong kosong, peminat turut melakukan perbandingan foto terkini Rose yang menampakkan kelopak matanya lebih menonjol dan tebal.
Disebabkan itu, peminat meluahkan rasa kecewa terhadap pelantun lagu Gone itu kerana merasakan golongan selebriti perlu berhenti bersikap obses dengan kecantikan sehingga sanggup melakukan pembedahan kosmetik.
Malah ramai merasakan wajah Rose tidak lagi secantik dahulu selepas menjalani prosedur itu.
Manusia memang tidak pernah bersyukur, dia sudah cantik. Sikap tamak manusia benar-benar tiada kesudahan,” komen netizen.
“Tidak salah memiliki mata sepet, wajah asli Rose lebih cantik berbanding sekarang. Kenapa dia perlu melakukan pembedahan?” komen seorang lagi netizen.