270
MALANG tidak berbau. Pelakon Ha Yeon-joo mengalami kecederaan di kepala semasa menjalani penggambaran sebuah drama bersiri.
Lebih teruk, kecederaan tersebut perlu dijahit sekali gus membuatkan aktres berusia 37 tahun itu kecewa.
“Saya mendapat tiga jahitan di kepala selepas cedera semasa penggambaran dan tidak kira berapa kali adegan dipukul dilakukan selama beberapa minggu lalu.
“Saya ikut sahaja kerana pukulan tersebut adalah sebahagian tugas sebagai pelakon tetapi apabila melihat darah, saya kesal kerana ada parut di kepala.
“Sebelum ini, saya cuba sedaya upaya untuk tidak beremosi apabila sesuatu berlaku di lokasi penggambaran tetapi kali ini memang saya kecewa,” katanya menerusi Instagram. – HIBGLAM