BIARPUN pernah menafikan dirinya mengalami masalah gangguan mental, pelakon Iqram Dinzly nampaknya semakin hari, semakin menjadi seperti orang lain yang berperwatakan normal.
Macam yang semua orang tahu, sebelum ini Iqram pernah menarik perhatian ramai pihak apabila kerap memuat naik video dengan aksi dan berpakaian pelik.
Dek perangai begitu, ramai yang menyifatkan Iqram mengalami masalah mental.
Namun sekarang, semuanya berbeza apabila Iqram seperti kembali menjadi seperti dirinya sewaktu awal-awal muncul dalam industri seni hiburan.
Dia juga semakin kelihatan sihat, dan berpenampilan macam lelaki biasa. Diva harap Iqram akan kekal begitu sampai bila-bila.
Tak larat nak nak tengok Iqram jadi seperti orang tidak betul seperti sebelum ini. Dia juga pelakon yang bagus dan berpendidikan.
DIVA: Untung Mawar Rashid, dapat bapa tiri orang Istana Brunei.