Trisha Ooi takut terjerat cinta suami orang

AKTRES meningkat naik Trisha Ooi sentiasa berharap dijauhkan daripada terjebak dalam hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang.

Bukan memilih namun, pemilik nama penuh Reyshqa Aqiera Mohd. Nasron Ooi itu enggan dilabel sebagai penyondol dalam rumah tangga pasangan lain.

“Kalau boleh tak mahulah lelaki berstatus suami orang dan enggan dilabel sebagai penyondol.

“Buat masa ini, saya memang jaga diri daripada terjebak dalam hubungan cinta dengan suami orang.

“Jika ada yang cuba mendekati itu adalah suami orang, memang saya jauhkan diri dan lari seawal yang boleh,” kata Trisha, 24, kepada HibGlam selepas tayangan perdana filem Janna Enduro di sini, semalam.

Sementara itu, dia yang popular menerusi drama Tentang Hati Dia berkata, masih belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta dan mahu memberi fokus terhadap kerjaya seni yang baru bermula.

Sejujurnya saya tak pernah bercinta sejak bergelar pelakon, tiada yang cuba mendekati saya pun. Alhamdulillah tiada yang mencuba.

“Buat masa sekarang saya memang beri 100 peratus fokus pada kerjaya seni yang semakin berkembang namun tidak menolak sekiranya Tuhan pertemukan jodoh bila-bila masa sahaja,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia turut meletakkan kriteria ‘wajib’ iaitu sentiasa mengutamakan keluarga pada mana-mana lelaki yang akan menjadi pasangan hidup ya kelak.

Lelaki itulah haruslah seorang yang sentiasa mengutamakan keluarga atau family man.

“Apa pun, belum masa untuk bercinta dan saya juga tak pernah meletakkan sasaran umur untuk berkahwin, semuanya terpulang pada jodoh,” katanya lagi.

Menerusi filem Janna Enduro, Trisha memainkan watak Janna yang tangkas dalam berlawan dengan seni pertahanan diri iaitu silat.

Selain Trisha, filem arahan Sham Jr. yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 22 Februari itu turut dibintangi Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su dan Josiah Hogan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok