Choi Si-won nafi terjebak penipuan kripto

DILABEL penipu dan pengkhianat, pelakon dan penyanyi Choi Si-won menyangkal tuduhan terlibat dalam penipuan mata wang kripto atau token digital.

Jejaka berusia 38 tahun itu turut menepis dakwaan meakukan aktiviti haram termasuk menjalinkan kerjasama dengan komuniti pemuda dikenali sebagai Youth Pay.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak terlibat dengan kontroversi seperti sedang hangat diperkatakan. Jangan cuba mencemarkan nama baik saya dan keluarga.

“Saya juga tiada hubungan atau kerjasama secara terang-terangan mahupun sulit dengan mana-mana pihak,” katanya.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan perniagaan diusahakan anggota kumpulan Super Junior itu terdapat unsur penipuan yang melibatkan skim pelaburan secara rahsia.

Ramai pihak mendakwa diri mereka menjadi mangsa penipuan tersebut selepas terpedaya dengan populariti dan imej Si-won sebagai selebriti popular. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok