PELAKON Diana Danielle mendedahkan anaknya, Muhammad menumbuk seorang rakan selepas temannya itu mengeluarkan perkataan kesat.
Pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata situasi itu tercetus selepas Muhammad enggan bermain dan membenarkan kanak-kanak itu datang ke rumah mereka.
Anak saya menumbuk muka kawannya hari ini (semalam). Kanak-kanak itu memaki hamun anak saya kerana dia mahu datang, tetapi anak saya enggan dia datang ke rumah kami.
“Dah la nak paksa datang rumah, bila tak bagi dia maki-maki dengan sumpah seranah,” katanya menerusi perkongsian dalam platform X.
Begitupun, isteri kepada aktor dan pengarah, Farid Kamil tetap tidak menyokong tindakan menggunakan kekerasan putera sulung mereka yang berusia 11 tahun itu.
Namun, susulan insiden tersebut Diana yang juga ibu kepada dua cahaya mata enggan lagi membenarkan Muhammad berkawan dengan kanak-kanak berkenaan.
Memang elok merasa sikit, biar ada adab. Bukan nak ‘back up’ anak pun, tapi padan muka.
“Akhir sekali, panggil mak suruh selesaikan tapi tak nak mengaku dia melakukan provokasi terhadap anak kita.
Kita dah tak bagi anak kita kawan dengan dia,” ujarnya dalam ciapan berkenaan.
Dalam ruangan komen pula rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Muhammad yang cukup tegas.
Anak lelaki awak buat perkara yang betul,” kata seorang netizen.
“Sejujurnya memang patut dia berbuat demikian, biar tahu adab sikit,” ujar pengguna akaun X lain.
Bagaimanapun, muat naik status pelakon filem Imaginur itu telah dipadam daripada laman sosial tersebut.
Selain Muhammad, perkahwinan Diana dengan Farid turut diserikan dengan seorang puteri, Nur Aurora, 9. – HIBGLAM