Orang sedang ‘struggle’, jangan ‘cucuk’ lagi – Shila Amzah

Jaga mulut, jangan jadi netizen toksik!”

Demikian peringatan penyanyi Shila Amzah buat orang ramai agar tidak terlalu mudah melemparkan sebagai komen atau pertanyaan yang boleh mengundang reaksi negatif terhadap golongan anak seni.

Tegas pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah, 34, itu, setiap individu sepatutnya peka dengan tidak mengajukan soalan sensitif apabila menyertai siaran langsung mana-mana selebriti. ang soalan sensitif apabila menyertai siarang langsung mana-mana selebriti.

Janganlah beri soalan-soalan yang mencetuskan kemarahan atau respons negatif.

“Kita pun perlu menjaga mulut,” katanya dalam siarang langsung semalam.

Dia yang kini berbadan dua juga menasihati pengikutnya menjauhi sikap toksid yang boleh membangkitkan amarah ramai.

Kalau tahu seseorang itu sedang ‘struggle’ (berjuang), janganlah ‘cucuk’ lagi. Kalau dicucuk, memanglah jadi begitu.

“Kita jangan jadi netizen yang toksik sebegitu,” ujarnya.

Shila berkata demikian apabila ada netizen memintanya mengulas tentang isu Fatiya Latiff yang hangat diperkatakan mutakhir ini.

Sejak kelmarin, nama Fatiya menjadi bualan hangat netizen apabila dia mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dengan menyamakan wajah pelakon jelita Zahirah MacWilson seperti pembantu rumah atau bibik.

Perkara itu disuarakan Fatiya apabila terdapat netizen memuji kecantikan Zahirah dalam siaran langsungnya baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, dia turut memuat naik foto bekas kekasihnya yang juga suami Zahirah iaitu Aiman Hakim Ridza dengan mendakwa aktor itu masih mencintainya.

Tindakannya itu mengundang kemarahan ramai dan berharap dia berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memakan dirinya kelak. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok