[VIDEO] Seth teruja masuk sekolah, Shila Amzah sebak

DIA terlalu teruja sampai berlari masuk sekolah tadi. Mama dan papa pula yang sedih.”

Itu perkongsian penyanyi Shila Amzah, 34, yang mengakui sebak dan gembira melihat keterujaan putera tunggalnya, Seth Uwais memulakan sesi persekolahan hari ini.

“Hari pertama sekolah buat Seth. Normal mak-mak feeling sedih tetapi saya sangat gembira dengan peristiwa penting ini,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Dalam masa sama, pelantun lagu Patah Seribu itu kagum dengan peningkatan ditunjukkan Seth yang kini semakin bijak melakukan banyak perkara.

Pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah itu turut menitipkan doa agar segala urusan permata hatinya itu dipermudahkan.

Inilah prosesnya. Daripada tidak bercakap langsung, tak pandai dengar arahan, tidak faham sekarang alhamdulillah dia makin bijak.

“Semoga Seth Uwais terang hati dan dapat belajar benda baharu di sekolah. Mama dan papa sayangkan awak,” ujarnya lagi.

Hari ini, Shila bersama suaminya iaitu Ubai menghantar Seth yang berusia lima tahun ke sekolah.

Seth Uwais merupakan zuriat hasil perkahwinan Shila dan bekas suaminya, Haris Idraki Elias. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok