[VIDEO] Cerewet, Watie jadi pengurus peribadi sementara waktu – Shuib

PELAWAK dan ahli perniagaan, Shuib bersyukur dikurniakan isteri yang banyak membantu menguruskan dirinya sepanjang tempoh ketiadaan pengurus peribadi.

Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad, 40, berkata, bukan mudah mencari pengganti bagi mengisi kekosongan jawatan pengurus peribadi yang dahulunya digalas Shafif Sharip memandangkan dia seorang yang cerewet.

“Saya mungkin cerewet mencari siapa yang nak menjaga saya sebab saya ini jenis yang pening juga hendak dijaga.

“Namun, setakat ini syukur ada Watie, dia boleh memandu, mengemas beg dan menjaga semua aspek. Dia bolehlah tolong sedikit-sebanyak,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah gaji yang akan dibayar kepada Watie, Shuib berkata, separuh pendapatannya adalah milik isterinya itu.

Gaji dia pun separuh pendapatan saya,” seloroh Shuib.

Dalam masa sama Shuib memberitahu, bekas pengurus peribadinya, Shafiq sudah mempunyai perancangan hidup sendiri apabila memutuskan untuk berhenti kerja.

Saya mahu Shafiq menjadi orang yang hebat malah dia pun sudah ada perancangan hidup sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, sempat menyampuk bahawa dia bukan sahaja boleh membantu sebagai pengurus buat sementara waktu malah akan menjaga suaminya itu buat selama-lamanya.

Bukan seketika tetapi saya akan teman selama-lamanya,” katanya yang setia menemani Shuib.

Pada Disember lalu, Shuib memaklumkan Shafiq memilih untuk menamatkan khidmat sebagai pengurus peribadi selepas lima tahun bekerja dan menguruskan hal kerjaya seninya.

Terdahulu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun lalu selepas hampir dua tahun menduda. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok