475
JUALAN tiket tidak memberangsangkan, konsert bekas anggota kumpulan EXO, Tao yang dijadualkan berlangsung di Guangzhou, China terpaksa dibatalkan.
Walaupun pasukan pengurusan konsert tersebut telah menurunkan harga tiket dengan ketara iaitu daripada RM240 kepada RM31.46, tiket kekal tidak terjual sehingga sehari sebelum acara itu.
Entah di mana silapnya, peminat seolah-olah sudah berpaling tadah dan tidak lagi meminati penyanyi tampan itu.
Menurut sebuah laporan, pemuzik tinggi lampai itu difahamkan mempunyai sikap yang sombong dan tidak begitu ramah dengan peminat selain seorang ‘kaki perempuan’.