Saya Wanna Ali? Tak masuk akal – Julia Farhana

SALAH orang! Itu situasi yang dilalui pelakon Julia Farhana Marin apabila dirinya disangka aktres, Wanna Ali ketika menaiki pengangkutan awam baru-baru ini.

Berkongsi situasi tersebut secara ringkas, pemandu kenderaan awam tersebut menyapa dan memanggilnya dengan nama  Wanna yang membintangi drama Bukan Sekadar Lafaz bersama Alif Satar.

“Ya Tuhan, anda serius? Itu Wanna Ali.

“Takkanlah saya di luar memakai tudung tetapi apabila berlakon, buka pula. Tak masuk akal, aiyo,”  kata aktres berusia 28 tahun itu.

TANGKAP layar perkongsian Julia Farhana mengenai insiden disangka Wanna Ali ketika menaiki kenderaan awam baru-baru ini.

Dalam perkongsian sama, dia menegaskan dirinya sangat berbeza dengan Wanna.

“Secara peribadi dan sejujurnya, boleh dilihat bahawa saya dan Wanna sangat berbeza.

“Bagaimana boleh ada yang tersilap,” ujarnya.

Selain Wanna, drama Bukan Sekadar Lafaz yang popular menerusi slot Akasia itu turut membariskan Alif, Malek Mccrone dan Yuna Rahim. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok