Siti cemas, Afwa masukkan biji mutiara dalam lubang hidung

BIDUANITA Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berdepan detik cemas apabila anak bongsunya, Afwa dengan sengaja memasukkan biji manik mutiara ke dalam lubang sendiri.

Insiden yang berlaku secara tiba-tiba itu membuatkan pemilik nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 47, membawa anaknya mendapatkan rawatan kecemasan di hospital.

“Anak bertuah ibu, balik rumah dari latihan dia buat magik masukkan biji mutiara dalam lubang hidung. Dah kena pergi kecemasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masa ini Afwa tengah gementar, ibu lagilah tengah cuak. Macam manalah nak keluarkan manik mutiara itu macam besar saja.

Nak kena buat pembedahan ke? Kena tunggu pakar ENT (Telinga, Hidung dan Tekak) datang,” katanya dalam InstaStory.

Bagaimanapun, pelantun lagu Cindai itu meluahkan rasa syukur apabila objek tersebut keluar dengan sendiri selepas anaknya terbersin.

“Dalam cemas, Afwa kata nak terbersin, tapi dia takut sangat.

“Agaknya tahan lama sangat nak bersih, dia lepaskan juga. Sekali keluar biji manik itu dengan hingus-hingus di tangan ibu.

“Alhamdulillah, tamatlah sudah cerita kami untuk hari ini,” kongsinya.

Untuk rekod, Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Jiwa atau mesra disapa Datuk K pada 21 Ogos 2006.

Perkahwinan mereka diserikan dengan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 8, dan Muhammad Afwa, 5. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok