‘Taylor Swift bukan penyanyi, penulis lagu hebat’

DI SEBALIK kejayaan luar biasa Taylor Swift, penyanyi legenda rock, Todd Rundgren tampil dengan kritikan tajam terhadap kemampuan bintang paling berpengaruh dunia itu.

Rundgren, 78, dalam wawancara terbaharu bukan sahaja mempertikaikan bakat Swift sebagai penyanyi, malah menganggap penyanyi itu tidak melakukan sesuatu yang luar biasa sepanjang kariernya.

Bahkan Rundgren terlebih dahulu memuji penyanyi popular, Lady Gaga sebagai pemuzik sebenar sebelum membuat perbandingan dengan
Swift.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, Gaga mempunyai latar belakang pendidikan muzik klasik selain memiliki kemahiran bermain piano yang dianggap sebagai kelebihan istimewa.

Rundgren berkata demikian ketika Swift baru meraih lagi sejarah dalam kerjayanya dengan membawa pulang tiga trofi pada Anugerah Muzik Video MTV (VMA), baru-baru ini.

Pencapaian itu menyaksikan Swift muncul sebagai artis dengan jumlah kemenangan terbanyak bersama 33 trofi keseluruhan dalam sejarah MTV VMA.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok