Gwyneth Paltrow jalani terapi lepas cerai

PELAKON Gwyneth Paltrow mendedahkan dia dan bekas suami iaitu vokalis Coldplay, Chris Martin berusaha mengekalkan hubungan sebagai sebuah keluarga selepas memutuskan untuk bercerai.

Pasangan yang mempunyai dua anak, Apple, 22, dan Moses, 20 itu difahamkan berjumpa terapi bagi memulihkan hubungan selepas berpisah pada tahun 2014.

“Kami benar-benar duduk bersama dan berfikir, adakah ada cara untuk melakukan perkara ini dan akhirnya jumpa terapi supaya perceraian tidak memberi kesan terhadap mental anak,” katanya dalam satu wawancara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berdua mahu mereka terus merasakan kehangatan sebuah keluarga termasuk boleh menikmati waktu makan di meja yang sama walaupun ibu bapa mereka tidak lagi bergelar pasangan,” ungkapnya. – HIGBLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok