KESEMUA 10 selebriti yang juga peserta Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES26) berjaya melangkah ke konsert kedua pada minggu depan apabila tiada penyingkiran diumumkan semalam.
Minggu kedua KES26 bakal diteruskan Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Mubarak Majid dan Fazlina Ahmad Daud.
Lima lagi peserta ialah Khaty Azian, Rahim Omar, Maria Tunku Sabri, Zila Bakarin, Amyza Aznan dan Rashdan Baba.
Sementara, Mubarak pula berada di kedudukan tercorot selepas meraih markah keseluruhan daripada barisan juri dan undian online terendah.
Pada minggu pertama, pemenang Emas Berkilau Of The Week menjadi milik Zila yang turut membawa pulang RM2,000.
Bagaimanapun, Zila menyerahkan wang kemenangan tersebut diserahkan kepada komposer, Rosli Selasih yang pernah menghasilkan banyak lagu popular termasuk Cinta Untuk Nabila nyanyian kumpulan Melissa.
Minggu depan, kesemua peserta bakal menyanyikan lagi bertemakan ‘Lagu Orang Kita’.
Kesemua peserta KES26 dijurikan Datuk Yusry Abd Halim dan Jihan Muse, sementara Azmi Caliph Busker pula sebagai juri jemputan. – HIBGLAM.
