‘Tipu kalau saya cakap tak ada yang mencuba untuk melamar saya’

DALAM dunia kecantikan yang sentiasa berubah, kesetiaan terhadap sesuatu jenama bukan mudah dipertahankan.

Namun bagi figura popular dunia solekan, MUA Bellaz, hubungan yang terjalin bersama Perfume Paradise membuktikan kepercayaan mampu bertahan apabila dibina atas nilai dan visi yang sama.

“Selama 11 tahun, Bella atau nama sebenarnya Nor Nabilah Zulyadaini, terus setia dengan Perfume Paradise biarpun ada beberapa pihak yang pernah cuba untuk ‘merampasnya’ daripada jenama itu.

“Tipu kalau saya cakap tak ada yang mencuba untuk melamar saya. Tetapi saya tetap setia bersama Perfume Paradise kerana sudah selesa menjalin kerjasama lebih sedekad.

Sementara itu bagi pengasas Perfume Paradise, Afiqah Amran, dia berterima kasih kepada Bella kerana setia bersamanya selama 11 tahun.

“11 tahun adalah jangka waktu yang sangat lama. Bella adalah figura pertama yang kami berkolaborasi. Dia memilih kami ketika kami masih belum terkenal seperti hari ini. Sangat mudah berurusan dengan Bella. Dia tak banyak kerenah,” kongsinya.

Terbaru, Perfume Paradise mengeluarkan tiga wangian terbaru kolaborasi bersama Bella yang diberi nama Bellaz Signature.

Menariknya, bauan yang dipilih adalah mengikut trend terkini serta botol yang diperbaharui mengikut pasaran semasa.

“Bella sendiri yang pilih semua haruman ini dan kita berkolaborasi dengan pengeluar minyak wangi dari Perancis. Ketiga-tiga haruman tersebut adalah Velvet Skin, Vanille Veil dan Violet Haze.

“Bella mahukan sedikit kelainan untuk koleksi kali ini. Jarang ada bau seperti ini. Contohnya Velvet Skin bau seperti elemen rumput dan hutan,” jelasnya.

Pada acara pelancaran koleksi ini, seramai 300 orang influencer dan KOL diundang untuk memeriahkan acara dari seluruh Malaysia.

Turut hadir ialah Rafaela Li-Topalian, seorang Perfume Evaluator dari Perancis yang diterbangkan khas bagi berkongsi pandangan profesional mengenai pembangunan dan karakter unik setiap wangian dalam koleksi Bella Signature.

Kehadiran pakar wangian antarabangsa itu mencerminkan komitmen Perfume Paradise dalam memastikan setiap haruman yang dihasilkan memenuhi standard kualiti global sambil mengekalkan identiti tersendiri yang dekat dengan citarasa pengguna tempatan. HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok