‘Mak pengantin ditaja barang kemas RM15 juta’

PELAKON Rozita Che Wan mencuri perhatian ramai apabila dikatakan menggayakan perhiasan barangan kemas yang berjumlah RM15 juta semasa hari pernikahan anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, semalam.

Menerusi hantaran video pempengaruh, Rosix Omar, barangan mewah yang dipakai Rozita termasuk rantai leher dan gelang tangan merupakan tajaan daripada sebuah jenama barangan kemas.

Mak pengantin ditaja oleh Habib Jewels RM15 juta.

“Tapi netizen akan tetap komen kuku hampa (awak),” katanya.

Dalam masa sama, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta mendedahkan kawalan keselamatan di sekitar dewan majlis terpaksa diperketatkan dengan kehadiran pengawal peribadi demi memantau keselamatan set perhiasan bernilai jutaan ringgit tersebut.

“Lagi mahal dari majlis kahwin anak saya. Baju ini pun dibuat berdasarkan barang perhiasan.

“Setiap penjuru ada pengawal peribadi,” ujarnya.

Semalam, anak sulung pelakon drama Kiah Pekasam itu selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Auni Ikhwan.

Che Ta menitipkan pesanan penuh makna buat anak dan menantunya agar sentiasa mempertahankan rumah tangga yang dibina. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok