‘Kuat kecam wanita di media sosial, selalunya lelaki gagal’

PELAKON dan pempengaruh media sosial, Zarina Anjoulie menyifatkan lelaki yang lantang mengecam wanita di media sosial sebagai individu kurang mendapat perhatian di dunia nyata.

Zarina atau nama lengkapnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 38, berkata golongan bersikap sedemikian sebenarnya adalah lelaki yang gagal dalam kehidupan.

“Wahai kaum lelaki yang suka mengecam perempuan di media sosial, cuba lihat.

“Selalunya yang paling banyak menyalak adalah mereka yang gagal dalam kehidupan dan tidak mendapat perhatian daripada wanita.

“Saya faham mungkin anda berasa sunyi dan tidak dipedulikan apabila berada di luar.

“Jadi media sosial menjadi tempat untuk membina personaliti palsu dan berpura-pura hebat semata-mata untuk mendapatkan sedikit perhatian,” katanya dalam hantaran di Threads.

Menerusi hantaran sama, Zarina berkata, tindakan menghina wanita di platform maya hakikatnya tidak akan mengubah kehidupan individu terbabit.

Malah akuinya, lelaki yang bersikap sedemikian juga hanya berani bersuara di belakang skrin, namun bersikap pengecut apabila berdepan secara bersemuka.

“Hakikatnya, anda masih seorang yang gagal. Bila berjumpa di luar, kebanyakannya tidak berani bersuara.

“Saya juga sudah banyak kali bertemu dengan individu yang bersikap seperti ini,” ujarnya.

Terdahulu, selain berkongsi kehidupan serta bisnes diusahakan, pelakon drama Curang Tanpa Niat itu antara selebriti yang lantang bersuara terutama membabitkan isu semasa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok