Dia tampar saya depan orang – Elizabeth Tan

KECOH dalam media sosial baru-baru ini apabila penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berkongsi pengalaman pahit dipukul bekas kekasih.

Elizabeth yang mesra disapa Lizzy itu tanpa berselindung mendedahkan pernah dikasari di khalayak ramai.
Awalnya Diva sangka sekadar konten gurauan, rupanya memang kisah benar dilalui pelantun lagu Semua Sudah itu.

Dia pernah tampar saya di pusat beli-belah depan orang hanya sebab saya ‘humming’ lagu penyanyi lain yang dia tak suka,” katanya sebagai respons kepada soalan peminat tentang pengalaman paling menyakitkan bersama bekas pasangan.

Diva terkedu mendengar, tergamak seorang lelaki mengangkat tangan terhadap wanita secantik Lizzy.

Mujurlah wanita berbangsa Cina itu kini sudah menemui kebahagiaan bersama suami tercinta yang sangat menyayanginya.

Mantan kekasih? Mungkin sedang menelan pahit melihat kebahagiaan itu dari jauh.

DIVA: Pelik juga, artis luar berduyun datang buat konsert di sini, tetapi artis tempatan sukar tembusi pentas luar.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok